Friday 16 December 2011

PruBSN SmartLink

Produk PruBSN SmartLink direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda yang berumur antara 1 - 18 tahun. Anda boleh memilih tempoh matang pelan anda sama ada apabila anak anda mencapai umur 25 tahun, atau anda boleh juga merancang supaya pelan ini matang pada umur 80 atau 100 tahun.

Ciri-ciri unik PruBSN SmartLink ini adalah seperti berikut :
  1. Bonus EduSmart
    • Anugerah kecemerlangan akademik untuk pembelajaran anak anda:
     
  2. Bonus Loyalti
    • Bayar sumbangan anda secara konsisten, dan 5% daripada sumbangan (Akaun Unit Perlindungan) perlindungan tahunan anda akan diberikan selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu.
  3. Pilihan pengeluaran dana
    • Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran daripada dana pendidikan untuk menampung keperluan perbelanjaan pengajian anak anda, termasuk daripada Bonus Loyalti dan Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) yang telah dikumpulkan.

Untuk mengukuhkan lagi pelan perlindungan anda, anda boleh menambah manfaat-manfaat tambahan seperti berikut :
  1. Perlindungan perubatan & kesihatan
    • TakafulHealth2 
      • Perlindungan menyeluruh untuk kemasukan ke hospital dan pembedahan 
      • Ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) jika tiada tuntutan dibuat dalam tahun tersebut
    • Hospital Benefit atau Medical Cover
      • Perlindungan tambahan bagi kemasukan ke hospital
  2. Perlindungan berterusan
    • Joint Contributor - melindungi anda dan pasangan bagi memastikan bahawa anak anda terus mendapat perlindungan
  3. Dana pendidikan anak
    • Sertakan Takaful Saver dan laburkan dalam Takafulink Dana Urus
    • Sertakan mana-mana rider Takaful Saver Contributor bagi memastikan dana pendidikan anak terus meningkat walaupun sekiranya anda disahkan menghidap penyakit kritikal, hilang upaya, atau meninggal dunia

No comments:

Post a Comment