Wednesday 27 July 2011

Apa Ada Pada Prudential BSN Takaful?

Prudential BSN Takaful adalah hasil usahasama di antara Prudential Holdings & Bank Simpanan Nasional. Produk-produk yang dihasilkan oleh Prudential BSN Takaful adalah produk yang berlandaskan Syariah. Prudential BSN Takaful telah melancarkan produk Takaful keluarganya yang pertama iaitu Takafulink pada 8 November 2006. Pelan Takaful ini merupakan pelan yang lengkap, fleksibel dan boleh di sesuaikan mengikut umur dan keperluan individu yang berbeza. Takafulink juga merupakan pelan Takaful Pertama di Malaysia yang menyediakan Kad Perubatan bagi membiayai kos rawatan hospital pakar yang tinggi.
Kelebihan Anda Memiliki Polisi Takaful Prudential BSN
Polisi percuma sepanjang hayat untuk penyakit kritikal.
Biarkan kami membantu anda dengan membayar polisi anda. Anda hanya perlu berehat untuk menjadi sihat.
Tabungan percuma sepanjang hayat selepas penyakit kritikal.
Biarkan kami menabung untuk anda walaupun anda telah hilang punca pendapatan kerana penyakit yang dihadapi.
Menambahkan simpanan anda kerana polisi Takaful Prudential BSN adalah investment – linked.
Sebahagian daripada premium digunakan untuk pelaburan. Hasil daripada pelaburan akan dimasukan ke dalam akaun anda. Oleh itu, bayaran yang dibuat untuk premium polisi takaful tidak hangus, sebaliknya wang anda akan bertambah dengan adanya pelaburan.
Pelepasan cukai untuk anda sebanyak RM 6000.00 setahun untuk polisi takaful dan KWSP.
Daripada menggunakan wang anda untuk membayar cukai, sebaiknya wang tersebut digunakan untuk membeli polisi takaful. Selainmenjimatkan wang anda daripada membayar cukai, polisi takaful daripada Prudential BSN memberikan anda perlindungan yang lengkap dan juga pulangan wang daripada pelaburan.
Anda bebas memilih hospital untuk merawat anda.
Dengan rangkaian hospital yang besar (70 lebih panel hospital di serata negara) dan semakin berkembang, anda bebas untuk memilih hospital yang dapat mengubati penyakit anda. Contoh hospital adalah seperti Subang Jaya Medical Center, Prince Court Hospital dan rangkaian hospital Gleneagles.
Anda dilindungi 24 jam di serata dunia.
Walaupun dimana anda berada sama ada untuk tujuan kerja mahupun bercuti, polisi Prudential BSN Takaful akan melindungi anda.
Kemudahan untuk anda mendapatkan penjagaan jururawat persendirian di rumah.
Jika anda tidak senang berada di hospital untuk rawatan, anda boleh mendapatkan jururawat persendirian di rumah untuk merawat dan menjaga anda untuk pulih.
Menyelamatkan simpanan anda dengan Had Seumur Hidup yang tinggi untuk Medical Card.
Had seumur hidup bermula daripada RM 500,000 hingga RM 1,500,000. Had seumur hidup yang tinggi untuk Medical Card melindungi simpanan hari tua anda daripada bil ataupun kos rawatan perubatan yang mahal dan semakin meningkat.
Had Tahunan yang tinggi untuk Medical Card.
Had tahunan bermula daripada RM 50,000 hingga RM 150,000. Had tahunan yang tinggi memastikan anda berasa tenang dan selamat kerana anda dan simpanan anda dilindungi daripada bil rawatan hospital.
Perlindungan Medical Card yang lama sehingga anda berumur 70 tahun atau 80 tahun.
Anda akan dilindungi untuk suatu tempoh masa yang lama sehingga berumur 70 tahun atau 80 tahun. Tempoh yang lama ini memastikan simpanan hari tua anda dapat dimanfaatkan untuk kebaikkan anda sekeluarga tetapi bukan untuk bil rawatan hospital.
Perlindungan khusus untuk penyakit wanita
Melindungi anda daripada penyakit yang khusus menyerang wanita yang melibatkan cervix uteri, ovary dan banyak lagi.
Perlindungan untuk bakal ibu dan ibu
Sebagai bakal ibu atau pun ibu, anda dilindungi daripada penyakit yang disebabkan mengandung, keguguran, kematian anak (30 hari selepas bersalin) dan banyak lagi.
Mengurangkan komitmen anda dengan premium kekal.
Premium bayaran untuk polisi Prudential BSN Takaful adalah kekal untuk sepanjang hayat. Prudential BSN Takaful memudah dan meringankan komitmen anda untuk memiliki polisi takaful dengan bayaran premium yang kekal walaupun usia anda semakin meningkat.
  • Plan kami sangat fleksibel. Konsep kami adalah bukan apa yang kami boleh beri pada anda akan tetapi apa yang anda mahukan dan apa yang anda perlukan mengikut cara hidup anda dan kemampuan kewangan anda.
  • Plan perlindungan takaful yang tinggi sama ada bagi penyakit kritikal, kemalangan hilang upaya kekal mahupun kematian biasa.
  • Kad perubatan yang bernilai sangat tinggi. Bermula dari RM500,000 hingga mencecah RM1.5 juta. Bergantung kepada plan yang anda ambil.
  • Plan Takaful Saver yang menjanjikan pulangan yang lumayan.
  • Anda menentukan tempoh matang polisi anda.
  • Maksima perlindungan asas hingga anda mencecah 80 tahun.
  • Fleksibel, dimana anda boleh menambah (top-up) perlindungan anda mengikutkemampuan dan keperluan semasa.

Takaful


Kesedaran terhadap TAKAFUL Insuran secara Islam, atau lebih dikenali sebagai TAKAFUL merupakan suatu alternatif kepada ummat Islam khususnya untuk menyertai insuran samaada insuran hayat ataupun sebagainya.

Takaful tidak terhad kepada Islam sahaja, dalam Islam, ianya terbuka kepada seluruh manusia, samaada Cina, India, Melayu dan sebagainya.

Disebabkan perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful di negara ini berlandaskan Syarak, perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka menjadi persaingan kepada insurans yang berbentuk konvensional yang telah lama beroperasi di Malaysia.

Perkhidmatan takaful secara umumnya kurang mendapat sambutan dari masyarakat Islam sendiri kerana kurangnya kesedaran mereka terhadap peranan takaful didalam kehidupan dan ekonomi mereka walaupun perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful memang berlandaskan Syarak.

Urusniaga dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali takaful lebih mementingkan keadilan, ketelusan dan sikap tolong menolong dikalangan pesertanya didalam perlaksanaannya.

Faktor-faktor lain yang menjadi penyebab kurangnya sambutan dari masyarakat ialah kurangnya pemahaman, kurang lebihan pendapatan dikalangan mereka untuk membuat sesuatu tabungan atau perbelanjaan tambahan, persaingan dan inovatif perkhidmatan (produk) dari pengendali insurans konvensional dan beberapa faktor lain.

Dalam pada itu, satu kajian telah dibuat oleh Universiti Utara Malaysia mengenai kurangnya kesedaran terhadap kepentinggan Takaful.

Objektif utama kajian ialah untuk mendapatkan maklumat mengapa sambutan dari masyarakat Malaysia terutamanya dan masyarakat Islam amnya masih kurang menyertai takaful ataupun tidak memilih takaful bagi keperluan insurans mereka.

Hasil kajian ini mendapati bahawa insurans secara Islam kurang mendapat sambutan dari masyarakat berbanding insurans secara konvensional.

Pengetahuan, persepsi dan keyakinan dari masyarakat terhadap takaful adalah masih ditahap yang rendah walaupun insurans secara Islam ini telah diketahui lebih memberikan manafaat dan pulangan yang setimpal jika dibandingkan dengan insurans konvensional.

Apa Itu Insurans?

Apabila topik insurans atau takaful diutarakan, ramai di kalangan kita khususnya orang Melayu dan Islam gemar merujuk pada istilah “rezeki ada di mana-mana” dan setiap seorang telah ditentukan rezeki masing-masing.



Tetapi pernahkah dari kalangan kita merujuk kepada kalam Allah SWT dan sunnah Rasul-Nya yang antara lain mahu umatnya berusaha keras untuk mengubah nasib sendiri dan baru bertawakkal.

Istilah Melayu ada menyatakan “sediakan payung sebelum hujan” dan “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”, tetapi berapa ramai yang menyediakan persiapan sedemikian, terutama melibatkan wang ringgit sama ada bagi diri sendiri, anak isteri, dan ahli keluarga untuk jangka masa panjang.

Tidak kurang juga yang berpuas hati dengan membuat tabungan sama ada di Tabung Haji, amanah saham atau mana-mana akaun di institusi kewangan lain yang keluar dan masuk simpanannya tiada batasan masa dan jumlah.

Lalu tersebarlah berita anak cemerlang dan pintar gagal meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana masalah kewangan ibu bapa. Individu menagih bantuan dan simpati untuk menanggung kos rawatan. Semuanya gara-gara tidak membuat persediaan melalui skim-skim tabungan jangka panjang dalam bentuk insurans sama ada bagi kesihatan, pendidikan, hayat, keluarga, dan seumpamanya.

Sekali lagi kita perlu kembali pada pepatah lama “malang tidak berbau”. Ini bermakna sesiapa jua sama ada kaya, miskin, tua, muda, senang atau susah, semuanya boleh ditimpa musibah. Malang dan kesulitan itu hanya akan dirasai apabila saat musibah melanda diri, isteri dan anak-anak atau ahli keluarga secara tiba-tiba.

Bagi golongan kaya, soal sebegini tidak timbul kerana segalanya dilindungi melalui pelbagai skim mewah dan lumayan serta terjamin. Masalahnya golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka ini sering terleka dengan kesenangan tidak terjamin dan sementara yang dikutip pada setiap bulan. Sedangkan tabungan melalui skim perlindungan yang diinsurankan, banyak pilihan mengikut kadar kemampuan dari serendah tidak sampai RM3.33 sebulan hingga puluhan, ratusan malah ribuan ringgit untuk jangka masa panjang.

Lima dan 10 tahun lalu, terlalu sukar untuk kita menarik dan melihat orang Melayu menyertai simpanan melalui skim insurans, sama ada untuk hayat, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
“Kini alhamdulillah, cara berfikir dan kesedaran mereka sudah berubah dan semakin ramai yang membeli serta memiliki skim perlindungan insurans,” kata wakil agensi insurans, Mursal Mat Jadi. Menurutnya, pada asasnya memang semua skim insurans kelihatan sama, tetapi hakikatnya tidak pada dasar dan konsep operasinya. “Dasar operasi dalam skim takaful adalah berkonsepkan perkongsian secara hibah dan infak secara syari’ah yang berlandaskan untung dan rugi yang dikongsi untuk tanggungan bersama. Ia bukan sahaja dijamin halal tetapi terhindar dari unsur riba dan syubhah. “Sebab itu cara dan kadar agihan keuntungannya tidak seperti skim-skim insurans konvensional lain yang tidak diikat oleh cara dan hukum-hukum Islam,” jelasnya.

Menurutnya, pada zahirnya skim takaful dianggap kurang efisyen kerana kejahilan mereka tentang Islam. “Tetapi jika faham dan mahu mengamalkan cara hidup yang dituntut oleh Islam dan syarak, inilah pilihan perkongsian menghadapi kesusahan yang insya-Allah akan diberkati dan mendapat keuntungan dunia dan akhirat,” tambahnya. “Mungkin mereka tidak dapat melihat kesan atau keuntungannya secara terus untuk jangka masa pendek.

Menurutnya, menabung melalui skim insurans ini mempunyai manfaat besar kepada diri dan ahli waris kerana simpanannya hanya boleh dinikmati setelah peserta menerima musibah. Ini katanya berbeza dengan simpanan di institusi kewangan atau amanah saham yang boleh dijual beli pada bila-bila masa.

#Sumber : Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia, 6 Feb 2007#

“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Surah Al-Baqarah : Ayat 240