Wednesday, 12 October 2011

Sambut Ulangtahun Ke-5 dengan satu lagi Produk Inovatif – PruBSN Link Series

Sempena sambutan ulangtahun ke-5 PruBSN, dengan sukacitanya kami memperkenalkan PruBSN Link Series - PruBSN FirstLink, PruBSN SmartLink dan PruBSN TakafulLink, yang telah dilancarkan pada 5 September 2011.

Pelan PruBSN Link Series direka khas setelah mengambil kira keperluan utama pelanggan. Kami percaya produk-produk inovatif ini akan memenuhi segala keperluan pelanggan dan sekaligus mengukuhkan nama PruBSN sebagai peneraju pasaran di dalam industri Takaful.


Antara ciri-ciri utama pelan ini adalah seperti berikut:


1) Pilihan untuk PERLINDUNGAN JANGKA PANJANG sehingga 100 tahun.

Pilih mengikut tempoh tamat umur berdasarkan keperluan dan belanjawan anda.

a) PruBSN FirstLink - Pilihan 80 atau 100 tahun
b) PruBSN SmartLink - Pilihan 25 atau 80 atau 100 tahun
c) PruBSN TakafulLink - Pilihan 80 atau 100 tahun


2) BONUS TAMBAHAN – Bonus AchieveFirst, Bonus EduSmart & Bonus Loyalti.


Kekal setia bersama kami dan kami akan memberi ganjaran kepda anda dalam pelbagai bentuk atas pencapaian anda.

a) Bonus AchieveFirst – Kami akan memberi ganjaran berjumlah RM500 kepada anda jika andaberjaya mencapai salah satu daripada pencapaian berikut :
  • Beli rumah
  • Berkahwin
  • Melahirkan anak
  • Mengerjakan Umrah
  • Mengerjakan Haji
  • Menyempurnakan pendidikan peringkat sarjana atau kedoktoran

b) Bonus EduSmart – Kami akan memberi ganjaran dengan peratusan tertentu dari Sumbangan
Perlindungan anda jika anda memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM, STPM atau STAM dan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Semakin tinggi jumlah sumbangan anda, semakin tinggi ganjaran yang akan anda terima.

c) Bonus Loyalti – Sentiasa pastikan sumbangan anda dikemaskini setiap tahun dan kami akan
memberi ganjaran 5% Sumbangan Perlindungan anda pada penghujung ulangtahun sijil anda yang ke-10 dan setiap 3 tahun selepasnya.


3) 9 RIDER BARU

  • Basic Enhancer – Meningkatkan perlindungan asas anda sebanyak RM5,000/unit setiap ulangtahun yang ke-5, ke-8, ke-11 & ke-14.
  • TH Auto Upgrade – Meningkatkan pelan Takaful Health2 anda ke peringkat seterusnya secara automatik pada ulangtahun ke-5 & ke-10 tanpa mengambil kira sebarang sejarah tuntutan atau tuntutan perubatan. 
  • TH Retirement – Menukar pelan Takaful Health2 anda secara automatik dari pelan Deduktibel kepada pelan ko-takaful pada usia 55. 
  • TH Overseas – Pilihan rawatan di Singapura, China, Hong Kong dan India untuk 5 jenis pembedahan. 
  • Medic Essential – Pilihan pelan perubatan dengan harga berpatutan yang menyediakan perlindungan perubatan secara komprehensif berdasarkan pembayaran balik. 
  • Legacy Income Benefit – Tinggalkan harta warisan untuk keluarga tersayang dengan pendapatan tahunan selama 20 tahun jika kehilangan nyawa.
  • Family Income Benefit – Menyediakan pendapatan bulanan selama 10 tahun untuk keluarga anda jika didiagnosiskan dengan penyakit kritikal atau lumpuh atau kehilangan nyawa. 
  • Joint Contributor – Memastikan perlindungan ke atas anak anda berterusan jika salah seorang daripada ibubapa didiagnosiskan dengan penyakit kritikal atau lumpuh atau kehilangan nyawa. 
  • Takaful Saver Joint Contributor – Memastikan simpanan untuk pendidikan anak anda terus berkembang jika didiagnosiskan dengan penyakit kritikal atau lumpuh atau kehilangan nyawa. 
4) HAD PERLINDUNGAN DIPERTINGKATKAN
  • Takaful Health2 – Kami memahami keperluan anda dan kami telah menaikkan kadar Bilik & Penginapan Hospital sebanyak RM50. Anda kini boleh membuat pilihan untuk TH2 antara Pelan150, Pelan200, Pelan250, Pelan300 atau Pelan400. 
  • TH Annual Limit Waiver – Kami telah mendengar pendapat anda dan kami juga telah membuka TH ALW untuk pelan yang lebih rendah. 
  • Manfaat-manfaat Penyakit Kritikal – Jumlah faedah bagi penyakit kritikal telah meningkat dari RM1.2 juta kepada RM3 juta. 
  • Manfaat-manfaat TPD – Kami telah melanjutkan perlindungan TPD anda sehingga usia 70 tahun dan kami juga telah meningkatkan hadnya kepada RM4 juta. 
  • Manfaat-manfaat Contributor – Kami telah menambahkan faedah TPD bagi Contributor dan Takaful Saver Contributor dan melanjutkan ia sehingga usia 70 tahun.

Monday, 8 August 2011

Beli takaful / insurans sejak kecil

APABILA menyebut mengenai insurans, ia sudah sinonim dengan makna perlindungan. Malah, hari ini terdapat pelbagai pihak menganjurkan skim insurans yang memberi faedah sama ada daripada segi perlindungan harta, kesihatan atau nyawa. Namun, bagi golongan muda terutama yang baru memasuki fasa pekerjaan, pendedahan mengenai insurans ini hanya biasa didengar tetapi pengetahuan mengenainya masih samar terutama berkaitan keperluannya.

Menyedari pembelian polisi insurans dalam usia muda mampu memberi kesan positif dalam jangka masa panjang, wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin mengupas isu ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia, Khadijah Abdullah.


PADA usia berapa sepatutnya seseorang itu sudah mempunyai insurans?

Seseorang boleh memiliki insurans sejak kecil untuk merancang masa depan mereka dalam melanjutkan pelajaran, kos perubatan kritikal dan lain-lain keperluan yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi melalui ibu bapa atau penjaga. Tetapi, adalah digalakkan bagi seseorang untuk memiliki insurans pada usia muda seawal umur 20 tahun iaitu mereka boleh menerima kemudahan harga premium insurans yang lebih rendah serta peluang merancang masa depan dengan lebih baik.

Apakah kepentingan insurans kepada golongan muda?

Insurans penting kepada golongan muda kerana seperti yang kita maklum, kos hidup moden semakin meningkat dan memerlukan kos kewangan tinggi. Selain itu, kita saban hari didedahkan dengan pelbagai bencana dan penyakit yang mampu mengubah kestabilan hidup sendiri serta keluarga dan memudaratkan harta benda. Golongan muda terdedah dengan pelbagai potensi risiko masa depan dan masa kini, jadi mereka seharusnya mengambil langkah melindungi diri mereka serta harta benda berharga mereka. Selepas berkeluarga, mereka perlu pula melindungi masa depan keluarga.


Apakah jenis insurans perlu diambil golongan muda?

Golongan muda digalakkan mengambil insurans hayat dan perubatan bagi melindungi mereka daripada kos perubatan yang membebankan ketika tua atau pada masa tidak dijangkakan. Pada masa kini, terdapat syarikat insurans menawarkan insurans berbentuk simpanan dan berkaitan pelaburan (investment-linked) yang boleh menguntungkan mereka. Produk menyerupai Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menawarkan pulangan lumayan dan boleh dimiliki golongan bukan Bumiputera sudah pasti mampu menjamin masa depan mereka. Terdapat insurans lain yang wajib diambil seperti ketika membeli kenderaan dan polisi insurans pilihan seperti untuk melindungi kediaman mereka serta harta benda yang disayangi.


Bagaimanakah mengenai peruntukan kewangan seseorang itu sebelum mereka membeli insurans?

Bakal pelanggan atau pelanggan akan diberi nasihat dan pelbagai pilihan pembayaran oleh ejen insurans bertauliah mahupun penasihat insurans seperti broker, pekerja insurans dan bank assurans terlatih untuk merancang peruntukan bulanan mereka sebelum membeli insurans. Ini penting untuk mengelakkan mereka dibebani hutang dan masalah kewangan kerana tidak mampu menjelaskan pembayaran premium bulanan mereka.

Insurans ialah suatu pelaburan jangka panjang, terutamanya bagi insurans hayat dan berkaitan pelaburan (investment-linked), jadi peruntukan kewangan baik amat penting sebelum seseorang mengambil keputusan untuk memiliki insurans.


Bagaimana dengan konsep membeli insurans dalam masa sama membuat pelaburan? Adakah ia sesuai dengan golongan muda?

Ya, ia sesuai. Ini kerana insurans berkaitan pelaburan (investment-linked) adalah gabungan pelaburan dan perlindungan.


* Sumber dari Harian Metro 080811

Wednesday, 27 July 2011

Apa Ada Pada Prudential BSN Takaful?

Prudential BSN Takaful adalah hasil usahasama di antara Prudential Holdings & Bank Simpanan Nasional. Produk-produk yang dihasilkan oleh Prudential BSN Takaful adalah produk yang berlandaskan Syariah. Prudential BSN Takaful telah melancarkan produk Takaful keluarganya yang pertama iaitu Takafulink pada 8 November 2006. Pelan Takaful ini merupakan pelan yang lengkap, fleksibel dan boleh di sesuaikan mengikut umur dan keperluan individu yang berbeza. Takafulink juga merupakan pelan Takaful Pertama di Malaysia yang menyediakan Kad Perubatan bagi membiayai kos rawatan hospital pakar yang tinggi.
Kelebihan Anda Memiliki Polisi Takaful Prudential BSN
Polisi percuma sepanjang hayat untuk penyakit kritikal.
Biarkan kami membantu anda dengan membayar polisi anda. Anda hanya perlu berehat untuk menjadi sihat.
Tabungan percuma sepanjang hayat selepas penyakit kritikal.
Biarkan kami menabung untuk anda walaupun anda telah hilang punca pendapatan kerana penyakit yang dihadapi.
Menambahkan simpanan anda kerana polisi Takaful Prudential BSN adalah investment – linked.
Sebahagian daripada premium digunakan untuk pelaburan. Hasil daripada pelaburan akan dimasukan ke dalam akaun anda. Oleh itu, bayaran yang dibuat untuk premium polisi takaful tidak hangus, sebaliknya wang anda akan bertambah dengan adanya pelaburan.
Pelepasan cukai untuk anda sebanyak RM 6000.00 setahun untuk polisi takaful dan KWSP.
Daripada menggunakan wang anda untuk membayar cukai, sebaiknya wang tersebut digunakan untuk membeli polisi takaful. Selainmenjimatkan wang anda daripada membayar cukai, polisi takaful daripada Prudential BSN memberikan anda perlindungan yang lengkap dan juga pulangan wang daripada pelaburan.
Anda bebas memilih hospital untuk merawat anda.
Dengan rangkaian hospital yang besar (70 lebih panel hospital di serata negara) dan semakin berkembang, anda bebas untuk memilih hospital yang dapat mengubati penyakit anda. Contoh hospital adalah seperti Subang Jaya Medical Center, Prince Court Hospital dan rangkaian hospital Gleneagles.
Anda dilindungi 24 jam di serata dunia.
Walaupun dimana anda berada sama ada untuk tujuan kerja mahupun bercuti, polisi Prudential BSN Takaful akan melindungi anda.
Kemudahan untuk anda mendapatkan penjagaan jururawat persendirian di rumah.
Jika anda tidak senang berada di hospital untuk rawatan, anda boleh mendapatkan jururawat persendirian di rumah untuk merawat dan menjaga anda untuk pulih.
Menyelamatkan simpanan anda dengan Had Seumur Hidup yang tinggi untuk Medical Card.
Had seumur hidup bermula daripada RM 500,000 hingga RM 1,500,000. Had seumur hidup yang tinggi untuk Medical Card melindungi simpanan hari tua anda daripada bil ataupun kos rawatan perubatan yang mahal dan semakin meningkat.
Had Tahunan yang tinggi untuk Medical Card.
Had tahunan bermula daripada RM 50,000 hingga RM 150,000. Had tahunan yang tinggi memastikan anda berasa tenang dan selamat kerana anda dan simpanan anda dilindungi daripada bil rawatan hospital.
Perlindungan Medical Card yang lama sehingga anda berumur 70 tahun atau 80 tahun.
Anda akan dilindungi untuk suatu tempoh masa yang lama sehingga berumur 70 tahun atau 80 tahun. Tempoh yang lama ini memastikan simpanan hari tua anda dapat dimanfaatkan untuk kebaikkan anda sekeluarga tetapi bukan untuk bil rawatan hospital.
Perlindungan khusus untuk penyakit wanita
Melindungi anda daripada penyakit yang khusus menyerang wanita yang melibatkan cervix uteri, ovary dan banyak lagi.
Perlindungan untuk bakal ibu dan ibu
Sebagai bakal ibu atau pun ibu, anda dilindungi daripada penyakit yang disebabkan mengandung, keguguran, kematian anak (30 hari selepas bersalin) dan banyak lagi.
Mengurangkan komitmen anda dengan premium kekal.
Premium bayaran untuk polisi Prudential BSN Takaful adalah kekal untuk sepanjang hayat. Prudential BSN Takaful memudah dan meringankan komitmen anda untuk memiliki polisi takaful dengan bayaran premium yang kekal walaupun usia anda semakin meningkat.
  • Plan kami sangat fleksibel. Konsep kami adalah bukan apa yang kami boleh beri pada anda akan tetapi apa yang anda mahukan dan apa yang anda perlukan mengikut cara hidup anda dan kemampuan kewangan anda.
  • Plan perlindungan takaful yang tinggi sama ada bagi penyakit kritikal, kemalangan hilang upaya kekal mahupun kematian biasa.
  • Kad perubatan yang bernilai sangat tinggi. Bermula dari RM500,000 hingga mencecah RM1.5 juta. Bergantung kepada plan yang anda ambil.
  • Plan Takaful Saver yang menjanjikan pulangan yang lumayan.
  • Anda menentukan tempoh matang polisi anda.
  • Maksima perlindungan asas hingga anda mencecah 80 tahun.
  • Fleksibel, dimana anda boleh menambah (top-up) perlindungan anda mengikutkemampuan dan keperluan semasa.

Apa Itu Insurans?

Apabila topik insurans atau takaful diutarakan, ramai di kalangan kita khususnya orang Melayu dan Islam gemar merujuk pada istilah “rezeki ada di mana-mana” dan setiap seorang telah ditentukan rezeki masing-masing.



Tetapi pernahkah dari kalangan kita merujuk kepada kalam Allah SWT dan sunnah Rasul-Nya yang antara lain mahu umatnya berusaha keras untuk mengubah nasib sendiri dan baru bertawakkal.

Istilah Melayu ada menyatakan “sediakan payung sebelum hujan” dan “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”, tetapi berapa ramai yang menyediakan persiapan sedemikian, terutama melibatkan wang ringgit sama ada bagi diri sendiri, anak isteri, dan ahli keluarga untuk jangka masa panjang.

Tidak kurang juga yang berpuas hati dengan membuat tabungan sama ada di Tabung Haji, amanah saham atau mana-mana akaun di institusi kewangan lain yang keluar dan masuk simpanannya tiada batasan masa dan jumlah.

Lalu tersebarlah berita anak cemerlang dan pintar gagal meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana masalah kewangan ibu bapa. Individu menagih bantuan dan simpati untuk menanggung kos rawatan. Semuanya gara-gara tidak membuat persediaan melalui skim-skim tabungan jangka panjang dalam bentuk insurans sama ada bagi kesihatan, pendidikan, hayat, keluarga, dan seumpamanya.

Sekali lagi kita perlu kembali pada pepatah lama “malang tidak berbau”. Ini bermakna sesiapa jua sama ada kaya, miskin, tua, muda, senang atau susah, semuanya boleh ditimpa musibah. Malang dan kesulitan itu hanya akan dirasai apabila saat musibah melanda diri, isteri dan anak-anak atau ahli keluarga secara tiba-tiba.

Bagi golongan kaya, soal sebegini tidak timbul kerana segalanya dilindungi melalui pelbagai skim mewah dan lumayan serta terjamin. Masalahnya golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka ini sering terleka dengan kesenangan tidak terjamin dan sementara yang dikutip pada setiap bulan. Sedangkan tabungan melalui skim perlindungan yang diinsurankan, banyak pilihan mengikut kadar kemampuan dari serendah tidak sampai RM3.33 sebulan hingga puluhan, ratusan malah ribuan ringgit untuk jangka masa panjang.

Lima dan 10 tahun lalu, terlalu sukar untuk kita menarik dan melihat orang Melayu menyertai simpanan melalui skim insurans, sama ada untuk hayat, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
“Kini alhamdulillah, cara berfikir dan kesedaran mereka sudah berubah dan semakin ramai yang membeli serta memiliki skim perlindungan insurans,” kata wakil agensi insurans, Mursal Mat Jadi. Menurutnya, pada asasnya memang semua skim insurans kelihatan sama, tetapi hakikatnya tidak pada dasar dan konsep operasinya. “Dasar operasi dalam skim takaful adalah berkonsepkan perkongsian secara hibah dan infak secara syari’ah yang berlandaskan untung dan rugi yang dikongsi untuk tanggungan bersama. Ia bukan sahaja dijamin halal tetapi terhindar dari unsur riba dan syubhah. “Sebab itu cara dan kadar agihan keuntungannya tidak seperti skim-skim insurans konvensional lain yang tidak diikat oleh cara dan hukum-hukum Islam,” jelasnya.

Menurutnya, pada zahirnya skim takaful dianggap kurang efisyen kerana kejahilan mereka tentang Islam. “Tetapi jika faham dan mahu mengamalkan cara hidup yang dituntut oleh Islam dan syarak, inilah pilihan perkongsian menghadapi kesusahan yang insya-Allah akan diberkati dan mendapat keuntungan dunia dan akhirat,” tambahnya. “Mungkin mereka tidak dapat melihat kesan atau keuntungannya secara terus untuk jangka masa pendek.

Menurutnya, menabung melalui skim insurans ini mempunyai manfaat besar kepada diri dan ahli waris kerana simpanannya hanya boleh dinikmati setelah peserta menerima musibah. Ini katanya berbeza dengan simpanan di institusi kewangan atau amanah saham yang boleh dijual beli pada bila-bila masa.

#Sumber : Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia, 6 Feb 2007#

“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Surah Al-Baqarah : Ayat 240